Tuesday, September 2, 2008

10 Peringatan


Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan duniawi yang hanya palsu belaka.Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia,namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r.a"Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara."

1. Wahai anak Adam!Berjalanlah di atas perutku ini tetapi ingatlah!Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku,tetapi ingatlah!engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku,tetapi ingatlah!Engkau akan menagis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku.tetapi ingatlah!Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku ,tetapi ingatlah!Engkau akan hina di dalam perutku.

8.Engkau berlari dgn riang di atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan jatuh dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9.Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari,bulan dan bintang di belakangku tetapi ingatlah!Engkau akan tinggal dalam kegelapan dalam perutku.

10.Engkau hidup diatas belakang ku beramai-ramai tetapi ingatlah!Engkau akan keseorangan didalam perutku.

No comments: